Ada Sebab Mengapa Algorand (ALGO) Lebih Berpotensi Dari Yang Anda Jangka!

687

Ada khabar baik berkaitan Algorand (ALGO) apabila dilaporkan menerima sokongan dana daripada pengurusan aset digital, Arrington Capital bernilai $100 juta.

Dana tersebut, Arrington Algorand Growth Fund (AAGF) adalah bertujuan mempercepatkan pembangunan terbaru bagi semua aspek platform tersebut. Ini termasuk juga dengan aplikasi berkaitan pasaran kewangan desentralisasi (DeFi), kewangan konvensional, sektor awam, dan NFT.

AAGF akan dilaburkan ke dalam projek-projek berkaitan Algorand dan juga matawang kripto natif yang mendorong kepada aplikasi kewangan baru di rangkaian itu.

Bagi yang baru mengenali Algorand, rangkaian ini dianggap sebagai pesaing kontrak pintar (smart kontrak) dekat kepada Ethereum.

Blockchain yang menfokuskan kepada pengoperasian Proof-of-Stake (PoS) ini juga sebenarnya telah menerima pelaburan strategik bernilai lebih $500 juta. Ini termasuklah dana $25 juta daripada Borderless Capital, sokongan untuk pembangunan penyelesaian pembayaran digital di Algorand.

Sementara itu, Arrington Capital diasaskan oleh Michael Arrington.

Figura ini menyifatkan Algorand sebagai teknologi yang tidak dapat ditandingi selain memiliki pembangun yang hebat dan visi kelestarian yang menjaminkan.

Ketika penulisan, ALGO didagangkan pada $1.07 dengan peningkatan sebanyak 6.43% dalam 24 jam. ALGO kini berada di kedudukan ke-31 dengan nilai pasaran mencecah lebih $3.2 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat