Ada Sesuatu Yang Ganjil Berlaku di AS Sehingga Individu Yang Memfailkan Cukai Turun Mendadak!

67

Bilangan individu yang memfailkan cukai di Jabatan Hasil dalam Negeri di Amerika Syarikat menjunam di paras bawah dari yang pernah di catat tahun lepas. Agensi itu merekodkan pulangan berkurangan sebanyak 8.5 peratus dari 23 Januari hingga 3 Mac manakala bayaran balik telah menurun sebanyak 7.1 peratus.

Angka ini kebiasaannya tidak banyak berubah dari tahun ke tahun. Justeru, penurunan ketara dalam angka ini menandakan ada sesuatu yang luar biasa sedang berlaku di Amerika Syarikat.

Salah satu faktor yang menjadi punca utama masalah ini termasuklah perubahan tarikh akhir pungutan cukai yang kebiasaannya jatuh pada 15 April telah diubah kepada 18 April berikutan hari Sabtu.

Namun begitu, punca utama yang menyebabkan kejatuhan ini adalah disebabkan oleh peraturan baru yang menangguhkan bayaran balik yang dituntut oleh pembayar cukai.

Kedua-dua faktor ini juga menjadi punca yang mendorong kepada kelewatan proses penyediaan cukai di syarikat Andy Stadler di Terre Haute. Syarikat ini biasanya menyediakan 7,000 pulangan setahun. Namun begitu, pengenalan akta baru ini telah menjejaskan hampir 70 peratus individu di kawasan sekitarnya.

Dalam masa yang sama, satu lagi faktor yang mengganggu jumlah individu yang memfailkan cukai pada tahun ini termasuklah kebimbangan mengenai ketidaktentuan perubahan dasar di Washington.

Menurut Andy Stadler, beberapa individu yang ditemui enggan untuk memfailkan cukai mereka lebih awal kerana menanti perubahan dasar yang akan diperkenalkan oleh Trump.

Sedangkan, sebarang perubahan cukai yang baru tidak akan menjejaskan proses pembayaran cukai bagi tahun 2016.

Harga Logam Berharga Kekal Menjadi Taruhan!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat