Harga Logam Berharga Kekal Menjadi Taruhan!

33

Jangkaan kenaikan kadar yang semakin mengukuh menyebabkan logam berharga dinilai dalam tekanan walaupun peningkatan risiko politik telah menyokong pengukuhan harga.

Emas di Comex menjunam sebanyak 0.3 peratus kepada $1,199.00 satu troy ounce.

Semalam, harga emas diniagakan lebih tinggi sedikit dari break even memandangkan risiko politik di Eropah telah memberi sokongan kepada logam terbabit.

Antara yang menjadi tumpuan termasuklah kelulusan rang undang-undang Brexit yang bakal membuka jalan kerajaan Britain dalam mencetuskan Article 50 secara rasmi.

Sementara itu, pilihanraya di Belanda juga mencetuskan kegelisahan dalam kalangan pelabur.

Namun begitu, tumpuan utama pasaran buat minggu ini masih berfokus kepada FOMC dengan jangkaan yang meluas terhadap ramalan kenaikan kadar oleh Fed awal pagi nanti.

Menurut Fed Rate Monitor Tools, jangkaan kenaikan kadar semasa berada pada tahap 95 peratus.

Pergerakan logam berharga ini amat sensitif terhadap perubahan kadar Amerika Syarikat memandangkan logam ini dinilai berbanding US Dollar.

Justeru, pengukuhan US Dollar akan meningkatkan kos untuk memiliki logam terbabit.

Ketidaktentuan Dasar di Amerika Syarikat Jadi Topik Hangat di Pertemuan G20!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat