Ada Yang Tertanya Kenapa USD Lemah? Ini Sebabnya!

2,331

Dolar Amerika memulakan dagangan awal minggu dengan didagangkan lemah berbanding kebanyakan matawang utama pada sesi Asia.

Berita positif mengenai vaksin membebankan dolar safe-haven. Amerika Syarikat dijangka menerima vaksin Covid-19 sehari selepas Pentadbiran Makanan dan Dadah AS (FDA) meluluskannya pada pertengahan Disember.

Sementara Britain pula mungkin memberikan kelulusan kepada vaksin Covid-19 yang diusahakan Pfizer bersama BioNTech pada minggu ini.

Namun, pada masa yang sama, sebanyak 11,752 kematian baru dilaporkan pada Jumaat, iaitu angka paling tinggi dicatatkan sejak pandemik bermula. Krisis pandemik yang semakin buruk ini menunjukkan perlunya lebih banyak rangsangan untuk menyokong pemulihan ekonomi.

Beberapa sekatan yang dilaksanakan di Amerika Syarikat telah menimbulkan spekulasi bahawa Federal Reserve (Fed) akan melonggarkan dasar monetari lebih jauh, terutamanya ketika kesepakatan dalam rangsangan fiskal masih jauh lagi untuk dicapai.

Dolar Aussie dan dolar kiwi didagangkan lebih tinggi pada sesi Asia, di mana dolar kiwi melonjak ke paras ketinggian terbaru hampir 2 tahun selepas data jualan runcit New Zealand menunjukkan lonjakan memberangsangkan pada suku ketiga 2020.

Matawang euro juga mencatatkan peningkatan sementara tumpuan pasaran terarah kepada penerbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan Zon Eropah pada petang ini yang dijangka menunjukkan sedikit penurunan dalam pertumbuhan pada November.

Pound sterling pula terus diniagakan mengukuh disokong oleh harapan bahawa UK dan EU akan mencapai kesepakatan dalam perjanjian perdagangan. Pasaran kini menantikan pengumuman mengenai perkembangan rundingan Brexit pada minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat