Ada Yang Tertanya-tanya Kenapa Euro Junam Selepas Keputusan ECB?

668

Euro menjunam lebih rendah walaupun selepas Bank Pusat Eropah (ECB) mengesahkan bahawa ia akan mula meningkatkan kadar faedah pada bulan hadapan dan menamatkan program pembelian asetnya.

Bagaimanapun, kadar kenaikan sebanyak 25 mata asas yang dijanjikan oleh ECB berbeza dengan jangkaan pelabur yang mengharapkan peningkatan 50 mata asas pada Julai.

Hal ini menyebabkan pelabur melepaskan pegangan terhadap euro sehingga mendorong mata wang itu lebih rendah.

Namun begitu, mata wang itu berpotensi untuk meningkat semula memandangkan langkah yang diambil bank pusat buat masa ini adalah hawkish.

Presiden ECB, Christine Lagarde memberitahu bahawa lebih banyak peningkatan kadar berkemungkinan akan dilaksanakan pada masa hadapan walaupun penskalaan kenaikan adalah bergantung pada prospek inflasi jangka sederhana.

Di sebalik junaman euro, raja mata wang US dolar meneruskan pengukuhan lebih tinggi ketika tumpuan pelabur kini terarah kepada penerbitan data inflasi Amerika Syarikat.

Harga pengguna tahunan AS pada Mei dijangka meningkat pada 8.3%, tidak berubah daripada yang dicatatkan pada April.

Pengukuhan dolar greenback turut mengheret kebanyakan mata wang utama lain lebih rendah, dengan dolar Aussie di paras terendah dua minggu dan kiwi terlemah tiga minggu.

Mata wang pound juga merosot, ditambah dengan kenyaataan Perdana Menteri UK Boris Johnson bahawa tiada penyelesaian segera kepada keadaan di Ukraine yang membawa petanda peningkatan tekanan harga akan berterusan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat