Adakah A.S Sudah Tidak Berminat Untuk Jalinkan Hubungan Dengan Negara Dan Pertubuhan Antarabangsa Yang Lain?

863

Pada minggu lepas, Trump mengumumkan bahawa AS menarik diri dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Susulan daripada pengumuman Trump, Kementerian Luar China telah mengeluarkan kenyataan tuduhan bahawa A.S mengamalkan sikap pentingkan diri sendiri.

Dalam taklimat harian pada hari ini, jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian memberitahu wartawan bahawa kebanyakkan komuniti antarabangsa telah menyatakan tidak persetujuan terhadap langkah yang diambil oleh pentadbiran Amerika.

Berdasarkan laporan Reuters, Zhao mengatakan A.S telah menunjukkan indikasi untuk menyatakan pembatalan perjanjian dan mengundurkan diri daripada pertubuhan-pertubuhan yang diikuti.

Pada minggu lepas, Trump telah menuduh WHO bahawa pertubuhan tersebut telah menjadi boneka negara China dan mendakwa Beijing mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas pertubuhan kesihatan tersebut. Walaubagaimanapun, WHO telah menolak dakwaan Trump dan menggambarkan keputusan A.S. untuk menarik diri dari pertubuhan WHO di tengah penualaran pandemik adalah satu tindakan yang mengecewakan.

Disisi lain, EU telah meminta A.S agar mempertimbangkan semula keputusan tersebut dan menyatakan bahawa penyertaan AS adalah sangat diperlukan. Setakat ini, lebih daripada 6.1 juta orang telah disahkan positif Covid-19 di seluruh dunia dengan 372, 479 kematian, berdasarkan data yang dikeluarkan oleh University Johns Hopkins.

A.S. telah mencatatkan jumlah jangkitan Covid-19 paling tinggi di seluruh dunia dengan kematian melebihi 100,000 kematian pada minggu lalu.

Sebelum ini, Presiden A.S Donald Trump berulang kali menyatakan kritikan bahawa tindak balas organisasi tersebut dalam memberi tindak balas terhadap pandemik Covid-19 dan ia secara tindak langsung menjadi sumber peningkatan ketegangan antara Washington dan Beijing.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat