Adakah Bitcoin Sebenarnya Sudah ‘Mati’?

643

“Tak mungkinlah, takkan la BTC selemah itu. Atau…?”

Sudah sedia maklum ibu segala mata wang kripto Bitcoin telah wujud sejak tahun 2009, namun baru-baru ini terdapat perbincangan tentang penurunan nilai aset digital tersebut dan potensinya serta ada yang dakwa aset itu sebenarnya sudah ‘mati’.

Oleh itu, berikut adalah serba sikit penerangan untuk menjawab persoalan yang tercetus itu.

Adakah BTC sebenarnya sudah mati?

Walaupun BTC menjunam drastik pada November 2021, aset digital tersebut masih tidak mati lagi susulan ia sentiasa pulih selepas harganya mengalami beberapa penurunan.

Memang tidak dinafikan prestasi BTC sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah ditewaskan oleh Ethereum (ETH), tetap pelabur tidak bolehlah mengisytiharkan BTC mati kerana ia masih lagi ditakrifkan sebagai aset berharga.

Patutkah melabur dalam BTC?

Keputusan untuk melabur dalam BTC haruslah bergantung pada risiko masing-masing, seperti syarikat Tesla dan Square yang mengeluarkan berbilion dolar bagi membeli aset digital itu sungguhpun sudah ketahui pergerakan harganya adalah sangat tidak menentu.

Bagaimanapun, pelaburan dalam BTC atau kripto lain berpotensi untuk menjana keuntungan besar susulan kadar faedah ke atas pelaburan tradisonal seperti akaun simpanan dan bon buat masa ini sangat rendah .

Pun begitu, seseorang individu haruslah melakukan kajian dan penyelidikan lebih terperinci mahupun berunding dengan penasihat kewangan sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan.

Sebab penurunan harga BTC

Selain timbul kebimbangan mengenai keperluan sejumlah besar kuasa dan tenaga pengkomputeran untuk mining BTC, kejatuhan firma FTX adalah salah satu sebab mencetus seluruh pasaran kripto termasuk BTC mengalami kejatuhan ketara.

Antara faktor lain yang mengakibatkan harga BTC menjunam adalah disebabkan tindakan agresif yang dikenakan oleh pengawal selia terhadap aset digital.

Adakah BTC akan pulih sepenuhnya?

Sangat sukar untuk meramalkan masa depannya, tetapi ramai pakar percaya bahawa harga BTC akan meningkat secara perlahan-lahan di mana pelabur institusi termasuk syarikat-syarikat gergasi semakin menunjukkan minat terhadap aset digital itu.

Selain itu, prestasi pasaran saham yang samakin baik sejak beberapa tahun kebelakangan ini boleh menyebabkan ramai orang melabur dalam BTC sebagai satu cara untuk mempelbagaikan portfolio mereka.

Masa depan BTC dan industri kripto

Masa depan industri kripto secara keseluruhannya berpotensi untuk berkembang lagi di masa akan datang walaupun terdapat turun naik dan ketidakpastian jangka pendek, oleh itu pelabur haruslah sentiasa peka memerhatikan pasaran untuk dapatkan maklumat perkembangan terkini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat