Adakah Data Ini Membawa Isyarat Bahawa Ekonomi Australia Dalam Keadaan Goyah?

30

Aussie menjunam dalam sesi Asia pada Khamis berikutan data perbelanjaan swasta bagi barangan modal yang dicatat merosot daripada jangkaan awal pasaran. Hal ini sekali gus memberi isyarat bahawa ekonomi Australia memerlukan lebih banyak bantuan kewangan pada masa akan datang.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar juga kali terakhir dinilai meningkat sebanyak 0.05 pratus kepada 101.63. Dalam masa yang sama, AUD/USD menjunam sebanyak 0.36 peratus kepada 0.7673 manakala USD/JPY menyusut sebanyak 0.04 peratus kepada 113.26.

AUD/USD, 30 minit
USD/JPY, 30 minit

Di Australia, perbelanjaan modal swasta jatuh 2.1 peratus pada suku keempat lebih tajam dari penurunan yang dijangka. Bacaan ini membawa spekulasi bahawa bank pusat boleh mengambil pelbagai langkah tambahan untuk memulihkan semua ekonomi kepada tahap neutral.

Semalam, US Dollar naik sedikit berbanding matawang lain pada Rabu menjelang mesyuarat jawatankuasa FOMC.

Namun begitu, Indeks dollar gagal menambah keuntunga dalam sesi awal pagi tadi walaupun data jualan rumah menunjukkan bacaan yang agak kukuh bagi bulan Januari.

Kekuatan US Dollar Mencerminkan Keyakinan Terhadap Ekonomi AS : Steven Mnuchin

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat