Kekuatan US Dollar Mencerminkan Keyakinan Terhadap Ekonomi AS : Steven Mnuchin

61

Setiausaha Perbendaharaan AS, Steven Mnuchin pada Rabu mengatakan bahawa pengukuhan US Dollar mencerminkan keyakinan terhadap ekonomi AS. Dalam satu wawancara kepada The Wall Street Journal, ia menyifatkan bahawa kekuatan matawang Greenback ini merupakan perkara yang baik dalam jangka masa panjang.

Selain itu, kekuatan US Dollar ini menunjukkan prestasi ekonomi Amerika Syarikat yang lebih kukuh berbanding dengan negara lain di dunia dan menguatkan status Dollar sebagai matawang rizab.

Sebelum perlantikan Donald Trump pada Januari yang lepas, kekuatan US Dollar berbanding Yuan dikatakan telah membunuh ekonomi Amerika Syarikat dan menambah kesukaran syarikat-syarikat di AS untuk bersaing.

Mnuchin tidak menolak kemungkinan tersebut kerana pengukuhan US Dollar boleh menjejaskan aktiviti eksport disamping mengatakan kekuatan US Dollar dalam jangka pendek ini tidak akan selamanya positif.

Namun, pengukuhan US Dollar bagi jangka panjang merupakan satu petanda yang baik buat Amerika Syarikat kerana ia bakal mencerminkan keyakinan terhadap pentadbiran Trump dan prospek ekonomi bagi empat tahun yang akan datang.

Satu Lagi Pendedahan Strategi Pelaburan Warren Buffet

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat