Adakah Data Yang Bercampur-Campur Dari Jepun Menggugat Kekuatan Yen?

44

Yen melonjak sedikit pada sesi Asia selepas data yang bercampur-campur dari jualan runcit dan perbelanjaan isi rumah di Jepun. Dalam masa yang sama, ekuiti di Jepun dijangka akan melemah berikutan Fed dijangka akan menaikkan kadar pada bulan depan.

USD/JPY didagang merosot sebanyak 0.04%, manakala AUD/USD melonjak sebanyak 0.16%.

AUD/USD, 30 minit
AUD/USD, 30 minit
USD/JPY, 30 minit
USD/JPY, 30 minit

Di Jepun, perbelanjaan isi rumah bagi bulan Oktober jatuh 1.0% berbanding jangkaan awal. Manakala data jualan runcit dilapor meningkat.

Dalam masa yang sama, US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai menurun sebanyak 0.27%.

Semalam, US Dollar tidak banyak berubah berbanding matawang utama yang lain berikutan pelabur masih dilihat yakin terhadap kekuatan ekonomi terbesar dunia itu. Matawang ini juga dijangka didagang stabil tanpa data utama dari AS yang bakal dikeluarkan sepanjang hari ini.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, US Dollar mencanak naik disebabkan jangkaan yang semakin menguat terhadap pemotongan perbelanjaan dan cukai fiskal di bawah pentadbiran Trump.

Matawang Euro pula kekal menjadi fokus utama menjelang referendum yang akan datang di Itali. Pada 4 Disember, warga Itali akan keluar mengundi bagi menyatakan sokongan mereka terhadap pembaharuan perlembagaan yang dicadangkan oleh Perdana Menteri, Matteo Renzi.

Polisi Monetari Perlu Dibantu Oleh Polisi Fiskal

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat