Draghi: Polisi Monetari Perlu dibantu oleh Polisi Fiskal

53

Dalam ucapan Presiden ECB, Mario Draghi sebentar tadi, beliau mengatakan keadaan ekonomi di zon Eropah masih berdaya tahan pada 2016 walupun dengan ketaktentuan ekonomi dan politik pada masa ini. Beliau berucap dalam Majlis Ekonomi Parlimen Eropah di Brussels.

Pemulihan ekonomi global dijangkakan akan terus berterusan walaupun pertumbuhan ekonomi masih perlahan berbanding sebelum berlakunya krisis. Walaupun ekonomi masih kukuh, ia tidak terlepas dari berhadapan dengan risiko yang signifikan dari segi ketaktentuan politik dan ekonomi.

Dalam konteks ini, salah satu kunci terpenting dalam mesyuarat Tahunan World Bank (IMF) 2016 adalah setiap negara tidak boleh terus bergantung dengan polisi monetari sebagai satu-satunya alat untuk meneruskan pengukuhan dan kestabilan ekonomi.

Polisi monetari sahaja tidak mampu untuk memberi pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan bagi meningkatkan keberkesanan polisi monetari ini, polisi fiskal diperlukan untuk sama-sama menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.

Oleh itu, jika pihak berwajib dari badan kerajaan perlu membantu dalam objektif pengukuhan ekonomi ini yang akan menjadikan polisi monetari lebih berkesan. Pertumbuhan produktiviti yang rendah, masalah dalam sektor perbankan dan kurangnya peningkatan dalam perubahan struktur ekonomi adalah isu-isu yang perlu diselesaikan. Hal ini akan membantu untuk merapatkan ‘output gap’ dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi.

Output gap adalah perbezaan antara keluaran sebenar (actual output) ekonomi dan potensi keluaran (potential output). Potensi pengeluaran adalah amaun maksimum barang dan perkhidmatan yang boleh dikeluarkan oleh sesebuah negara.

Presiden Draghi juga menegaskan bahawa Eropah akan menjadi lebih baik jika ia melindungi dirinya sendiri dengan mempunyai ekonomi yang kukuh dan berdaya tahan. Oleh itu, Kesatuan Ekonomi dan Monetari perlu mengatasi kelemahan yang menghadkan Eropah untuk mengukuh dan berdaya tahan. Satu pengajaran dari hal ini ialah “rumah yang belum siap adalah tidak stabil”, ia mudah runtuh”.

 

ECB Mengutarakan Kebimbangan Tentang Geopolitik Semasa Dunia

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat