Adakah EUR/JPY Akan Meneruskan Penurunan Selepas Turun 80 Pips Semalam?

462

Matawang Euro diniagakan lemah semalam dan menunjukkan penurunan pada sesi pasaran Eropah susulan data ekonomi pada zon Eropah dikeluarkan semalam.

Terutamanya di Jerman dan Perancis, data PMI perkilangan dan perkhidmatan menjadi tumpuan pasaran dan secara keseluruhannya bacaan data adalah lemah dan kurang memuaskan. Ini menunjukkan kesihatan ekonomi pada zon Eropah masih berada pada tahap yang membimbangkan.

Dengan faktor fundamental dovish oleh bank pusat Eropah, matawang Euro dilihat akan kekal berada dalam kelompok dagangan yang berisiko dalam pasaran semasa.

Sementara kebanyakkan pasaran ditutup pada hari ini, pasaran di Jepun masih dibuka. Tumpuan di Jepun adalah pada data inflasi yang dikeluarkan pada sesi Asia awal pagi ini.

Kadar inflasi teras tahunan di Jepun, tidak termasuk makanan segar, meningkat pada kadar 0.8% untuk bulan Mac mengatasi jangkaan kenaikan kepada 0.7% selepas mengalami penurunan 0.7% pada Februari lalu. Bacaan tersebut dilihat adalah baik dan berada di bawah sasaran 2% bank pusat Jepun. Kali terakhir kadar inflasi teras berada lebih tinggi dari sasaran 2% adalah pada Mac 2015.

Pada minggu hadapan, pasaran akan memberi fokus terhadap mesyuarat dasar monetari oleh Bank of Japan (BOJ) untuk unjuran suku tahunan. Sumber dari Reuters melaporkan bank pusat berkemungkinan akan mensasarkan inflasi di bawah paras 2% sehingga Mac 2022.

Secara teknikal, dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang EUR/JPY, harga telah membuat penurunan yang ketara pada dagangan semalam dari paras Magic Pivot sehingga ke paras support MagicS3 pada indicator Moshed Magic Line semalam dengan penurunan yang mencatatkan sekitar 80 pips pergerakan harga.

Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga dilihat bergerak perlahan dan berlegar di sekitar paras tumpuan pada 125.800.

Jika harga menyambung kembali momentum penurunan semalam, jangkaan paras yang akan dituju harga adalah paras support 125.370 (MagicS1) dan seterusnya ke paras support 125.035 (MagicS2). Kedua-dua paras tersebut dilihat berada pada zon RBS (resistance become support) pada chart EUR/JPY.

Namun jika harga kembali bergerak lebih tinggi dari paras Magic Pivot hari ini, paras ketinggian sebelum ini pada 126.800 bakal diuji semula yang merupakan resistance yang gagal ditembusi harga pada dagangan minggu ini.

Lihat gambar chart pasangan matawang EUR/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

 

Paras support: 125.370, 125.035, 124.415.

Paras resistance: 126.325, 126.945, 127.280.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat