Adakah GBP/JPY Mampu Kekal Unggul Catat Peningkatan Yang Lebih Tinggi?

407

Langkah Bank of Japan (BOJ) yang berbeza terhadap dasar monetari berbanding bank pusat lain telah mengakibatkan matawang Yen kekal terperangkap di paras terendah 3 tahun sejak April 2019.

Seperti sedia maklum, BOJ sering kali gemar untuk mengekalkan pelonggaran dasar monetarinya dengan senario pertumbuhan dan inflasi yang dilihat masih lagi menghadapi tekanan di negara matahari terbit tersebut.

Matawang Pound pula terus mengambil kesempatan untuk melebarkan sayap dalam mempamer pengukuhan berikutan keinginan Gabenor Bank of England (BOE) untuk meningkatkan kadar faedah.

Pergerakan harga pada carta GBP/JPY tampaknya terus mengukir lonjakan yang lebih drastik untuk kembali menguji zon rintangan 158.000 dan turut mencatatkan rekod ketinggian terbaharu 5 tahun!

Di kala pembukaan sesi Asia hari ini (Rabu), harga dilihat telah menyambung semula kenaikan sebelum mempamer sedikit penurunan pada awal sesi Eropah susulan laporan data inflasi UK yang diterbitkan sedikit lemah.

Harga juga tampaknya telah melonjak lebih 100 pips pada sesi dagangan semalam (Selasa) dan masih didagangkan di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada timeframe 1 jam untuk kekalkan isyarat bullish harga.

Corak peningkatan agresif dijangka bakal memandu pergerakan harga menuju ke zon rintangan yang lebih tinggi pada 160.000 dan seterusnya akan sekali lagi mencatat paras ketinggian terbaharu.

Sekiranya harga mempamer junaman ke paras yang lebih rendah, pelabur akan menyaksikan penurunan menuju ke zon rintangan 157.000 sebelum jangkaan mencecah zon RBS (resistance become support) 156.000.

Penurunan ke zon tersebut juga secara tidak langsung akan menyangkal prestasi cemerlang sebelum ini dan berkemungkinan akan memberi petunjuk awal untuk harga membentuk corak downtrend.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat