Adakah GBP/USD Akan Kembali Cecah Penurunan Ke Paras Support 1.2210?

444

Matawang dolar Amerika Syarikat masih lagi dibayangi impak laporan pekerjaan NFP yang dikeluarkan pada Jumaat lalu dengan bacaan yang agak bercampur.

Pertambahan pekerjaan di Amerika Syarikat pada bulan September menurun namun pelabur mendapat keyakinan daripada bacaan kadar pengangguran yang menurun ke paras terendah hampir 50 tahun.

Namun begitu sentimen pasaran dipengaruhi oleh perkembangan rundingan dagang AS-China yang kurang memuaskan dan bakal menghalang pengukuhan pada dolar USD minggu ini.

Sementara itu, dagangan Pound Sterling pada minggu ini dijangka lemah susulan respon negatif oleh para pemimpin Kesatuan Eropah (EU) terhadap persetujuan perjanjian rundingan pada persidangan EU 17 Oktober ini.

Presiden Perancis Emmanuel Macron memberi tempoh masa kepada Britain sehingga Jumaat ini untuk membentangkan pelan terbaru sementara Ketua Perunding EU Michel Barnier mengatakan Perdana Menteri UK Boris Johnson bertanggungjawab terhadap situasi Brexit tanpa perjanjian.

EU menilai cadangan dibentangkan PM Johnson sebelum ini adalah goyah terutama apabila gagal memberikan jaminan terhadap sempadan terbuka di Ireland. Dalam masa yang sama, PM Johnson kekal bertegas untuk negara meninggalkan EU pada 31 Oktober ini.

Dilihat secara teknikal, pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD, pembukaan harga pada awal sesi Asia hari ini melihatkan jarak harga dibuka (gap) lebih rendah berbanding penutupan harga pada minggu lalu sebelum harga menunjukkan kenaikan.

Namun harga kembali mencatatkan penurunan pada sesi dagangan Eropah berikutan perkembangan Brexit yang masih belum meyakinkan pelabur.

Harga yang gagal menyentuh paras resistance pada 1.23400 kembali menurun semula menuju ke paras support sekitar 1.22800.

Jika harga berjaya menembusi paras tumpuan tersebut, penurunan harga seterusnya akan kembali menguji semula paras support pada 1.22100 sejak kenaikan pada dagangan awal September lalu.

Sebaliknya jika harga kembali melonjak membuat kenaikan semula, paras halangan pada zon support become resistance (SBR) di 1.24100 bakal diuji harga.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat