Adakah Hodler Bitcoin (BTC) Dah Mula Menjual Aset Mereka?

303

Isyarat lebih jelas menunjukkan pemegang jangka panjang Bitcoin (BTC) perlahan-lahan mula menjual pegangannya. Ketika pergerakan harga kripto yang sedikit meningkat pada bulan Jun selepas mengalami kejatuhan yang berterusan, pemegang BTC dilihat membuat lebih banyak keuntungan.

Secara konteks, pemegang jangka panjang BTC telah memegang aset kriptonya lebih daripada enam bulan, akan tetapi pemegang tersebut kurang mendapat keuntungan berbanding pemegang jangka pendek.

Ini dapat ditinjau melalui perbezaan pada carta, secara realitinya pemegang BTC jangka panjang memperoleh keuntungan banyak semasa harga pasaran berada dalam keadaan tenang dan tidak membuat kejatuhan lagi iaitu pada harga $23,300.

Oleh demikian, pergerakan ini membuktikan harga BTC berkemungkinan menjadi trajektori menaik atau menurun. Hal ini disebabkan terdapatnya tekanan dalam jualan yang membuat penembusan (breakout) ke bawah atau ke atas.

Selain itu, penganalisis Crypto Quant meramalkan sasaran $28,000 hingga $32,000 bagi jangka sederhana, manakala BTC boleh menguji semula $23,000 untuk jangka masa pendek, tetapi ini boleh berlaku sekiranya harga kekal bertahan di zon $19,000.

Tambahan pula, sejak kebelakangan ini Bitcoin miner telah berada pada arah aliran menurun dan ia bukanlah perkara yang bagus bagi pedagang BTC kerana boleh mencetuskan lagi penurunan harga.

Sementara itu, BTC buat pertama kalinya turun ke bawah paras $20,000 dalam tempoh 30 hari serta didagangkan pada $19,938.44 iaitu meningkat 0.01% dalam 24 jam. Justifikasinya, kali terakhir BTC didagangkan di bawah julat $20K ialah pada 14 Julai.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat