Adakah Impak Pemulihan Ekonomi Dapat Pacu Saham AirAsia Kembali Uji Paras RM1?

574

AirAsia Group Bhd memperoleh kerugian bersih sebanyak RM580.06 juta pada suku kedua yang berakhir 30 Jun 2021 berbanding RM992.89 juta yang dicatatkan pada tahun lalu.

Menurut penilaian laporan, AirAsia tetap akan mengekalkan langkah-langkah pembelanjaan termasuk tenaga kerja dan pemotongan gaji yang sewajarnya untuk pengurusan, kakitangan dan pengarah.

Impak pandemik Covid-19 terus mencetuskan kesan negatif terhadap operasi kumpulan dan ketika ini ia lebih menumpukan tumpuan pada penyediaan operasi domestik di lokasi yang dibenarkan beroperasi.

Akan tetapi pendapatan kargo yang lebih baik serba sedikit telah menyumbang pendapatan untuk suku itu meningkat 160.82% kepada RM370.61 juta daripada RM142.09 juta.

Bagi tempoh setengah tahun, AirAsia mencatat kerugian bersih RM1.35 bilion daripada keuntungan bersih yang dicapai pada tempoh yang sama tahun lalu sebanyak RM1.8 bilion.

Manakala hasil pendapatan sekitar enam bulan merosot 72.4% menjadi RM686.82 juta berbanding RM2.49 bilion.

Ekoran sekatan perjalanan yang masih dilaksana, kebanyakan entiti operasi kumpulan terus menguruskan kapasiti secara lebih realistik dan mengoptimumkan kos dengan efisien.

Namun itu, AirAsia dijangka bakal mempamerkan peningkatan dalam operasinya yang lebih stabil susulan jumlah kadar vaksinasi kian memberangsangkan meliputi semua pasaran utama.

Selepas sahaja rehat tengah hari, harga saham AirAsia menyusut 1.59% kepada 93 sen dengan mempunyai nilai permodalan pasaran sebanyak RM3.63 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat