Adakah Ini Agenda disebalik Pembentangan Bajet 2017? Anda Nilai Sendiri!

85

Menurut sumber Bloomberg, Datuk Seri Najib Razak menyasarkan lebih banyak peruntukan Bajet 2017 kepada pengundi setia beliau. Menurut penganalisis, bajet kali ini dikatakan mempunyai agenda yang tersendiri berikutan potensi pilhanraya yang boleh diadakan seawal bulan Mac ini.

Najib menjanjikan lebih banyak wang tunai kepada rakyat termiskin, penjawat awam, dan bantuan tambahan buat petani. Beliau juga menjanjikan lebih banyak penambahbaikan kepada kawasan-kawasan luar bandar termasuk kemudahan elektrik dan air.

Penyusunan Bajet 2017 ini dianggap sukar kerana Najib perlu berdepan dengan kelembapan ekonomi disamping mengharungi isu skandal penyelewengan dana 1MDB selain cubaan untuk menjatuhkannya. Pun begitu, Najib dilihat cuba meraih kembali kepercayaan orang Melayu yang dilihat semakin tidak puas hati akibat kos sara hidup yang semakin meninggi.

Menurut Ahmad Martadha Mohamed, Dekan Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, tempoh pilihanraya akan datang dianggap sukar buat Najib. Justeru Bajet 2017 kali ini menyasarkan lebih banyak insentif kepada golongan-golongan ini bagi memastikan sokongan berterusan buat UMNO dan BN yang sudah sekian lamanya memegang tampuk pimpinan negara.

Walaupun pilihanraya umum dijangka akan diadakan pada pertengahan tahun 2018, beberapa pegawai kanan UMNO memberitahu Bloomberg News bahawa pilihanraya tersebut boleh diadakan seawal Mac.

Oh Ei Sun, penganalisis di S . Rajaratnam Sekolah Pengajian Antarabangsa di Singapura dan setiausaha politik Najib pada tahun 2009 hingga 2011 berpendapat bahawa kerajaan akan memastikan beberapa kawasan memihak kepada kerajaan yang sedia ada.

Sumber : Bloomberg
Sumber : Bloomberg

Pada pilihanraya yang lepas, BN kehilangan undian yang paling teruk dalam sejarah.

Jadi, bagi undian akan datang, Perdana Menteri itu perlu menang sebagai kayu ukur keyakinan orang ramai terhadap isu skandal beliau berkenaan dengan 1MDB.

Insentif terbesar yang diumumkan pada pembentangan bajet Jumaat lepas ialah kepada golongan penjawat awam yang menggaji kira-kira 1.6 juta orang, atau kira-kira 11% daripada keseluruhan sektor pekerjaan. Pada penghujung tahun 2014, 79% daripada penjawat awam dimonopoli oleh orang Melayu dan lebih 11% oleh Bumiputera.

Bank-Bank Besar Eropah Bersiap Sedia Meninggalkan London

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat