Bank-bank Besar di Eropah Bersiap-Sedia Meninggalkan London

102

Bank-bank besar antarabangsa sedang bersiap-sedia untuk memindahkan operasi mereka keluar dari U.K. pada awal 2017 disebabkan ketidaktentuan tentang hubungan antara U.K. dan Kesatuan Eropah di masa depan.

Anthony Browne, Ketua Pegawai British Banker’s Association mengatakan perdebatan politik membawa kami ke arah yang salah dan kami tidak boleh membiarkan perniagaan kami sehingga last minute.

Tambah beliau lagi, kebanyakan bank antarabangsa sedang menentukan operasi yang akan dipindahkan, bila akan dipindahkan dan bagaimana memindahkannya dengan cara terbaik.

Difahamkan banyak bank-bank bersaiz kecil akan berpindah sebelum Krismas dan kebanyakan Bank besar akan berbuat demikian pada suku-pertama tahun hadapan.

Banyak bank-bank besar yang menempatkan ibupejabat mereka di Britain yang mana sektor kewangannya mempunyai dua juta pekerja. Bank yang bertapak di London ini sebenarnya bergantung kepada pasport EU (Kesatuan Eropah) untuk memberi khidmat kepada pelanggan di 28 negara EU. Hal ini yang dirisaukan oleh bank-bank ini jika passport ini tidak boleh digunakan lagi di masa hadapan.

Anthony Browne juga mengatakan, cabaran kami bukanlah selepas pengundian Brexit itu, tetapi adalah selepas kami meninggalkan EU. Jika langkah ini tidak dibuat dan tiba-tiba tidak boleh bergerak bebas di EU seperti sekarang akan memberi risiko kepada pihak bank.

 

lan-43

Pada masa ini bank akan membuat perancangan untuk peralihan operasi mereka ke negara EU yang lain jika Britain tidak merundingkan akses ke pasaran Kesatuan Eropah selepas Brexit dua tahun lagi.

Hal ini perlu dilakukan secepat mungkin oleh Britain agar tidak memberi keraguan kepada bank-bank ini. Britain perlu memulakan rundingan secepat mungkin jika tidak mahu berhadapan risiko pasaran yang mana boleh mengurangkan penawaran pekerjaan di London.

Pun begitu, London dilihat akan terus bertahan sebagai pusat kewangan global. Tetapi, meletakkan halangan kepada perdagangan bagi perkhidmatan kewangan akan menyebabkan institusi bank mengalami kerugian bukan sahaja di U.K. tetapi juga di Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat