Adakah Ini Masanya Putin Guna Kuasa Nuklear?

1,043

Amerika Syarikat dan sekutunya berada dalam berjaga-jaga memandangkan Rusia dijangka akan melaksanakan latihan nuklear berskala besarnya tidak lama lagi.

Kebiasaannya, Rusia mengadakan latihan nuklear tahunan yang besar sekitar waktu ini, di mana Amerika dan Barat menjangkakannya mungkin berlaku dalam tempoh terdekat.

Seorang pegawai pertahanan AS berkata latihan Rusia dijangka berjalan kira-kira pada masa yang sama dengan latihan kesediaan nuklear tahunan NATO yang akan bermula minggu depan.

Walaupun begitu, Barat sebenarnya bimbang bahawa Moscow mungkin sengaja menggunakan kesempatan ini untuk melancarkan serangan nuklear ke atas Ukraine.

Ini susulan ancaman yang dilontarkan Presiden Vladimir Putin sebelum ini yang secara terbuka mengatakan ia akan menggunakannya.

Ekoran itu, Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg memberi jaminan bahawa mereka akan memantau latihan nuklear tahunan Rusia dengan lebih dekat, seperti yang dilakukan tahun-tahun sebelumnya.

Sementara itu di White House, jurucakap Majlis Keselamatan Negara John Kirby menyifatkan latihan Rusia adalah sebagai rutin tahunan mereka yang bakal menyaksikan gerakan besar-besaran pasukan nuklearnya, termasuk pelancaran berpandu langsung.

Buat masa ini, pegawai-pegawai Barat melihat Putin belum lagi mengambil langkah yang menunjukkan kesediaan beliau untuk melancarkan serangan nuklear.

Namun, jika tercetusnya sebarang penggunaan nuklear oleh Moscow, ia boleh mendorong tindak balas fizikal daripada NATO.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat