Adakah Jumlah Pelantar Minyak Mentah Akan Mencatatkan Peningkatan Minggu Ini?

65

Harga minyak mentah hanyut dalam sesi Asia pada Jumaat di Amerika Syarikat menjelang pengumuman kiraan jumlah pelantar bagi mendapatkan isyarat terkini mengenai data bekalan dan permintaan mingguan di AS.

Niaga minyak mentah di New York Merchantile Exchange menyusut sebanyak 0.17 peratus kepada $54.36, manakala dagangan minyak Brent berada pada $56.49 setong.

Pada minggu lalu, Baker Hughes melaporkan bahawa jumlah kiraan pelantar yang masih aktif menjalankan aktiviti penggerudian meningkat sebanyak enam buah pelantar, sekali gus menjadikan peningkatan buat minggu kelima berturut-turut.

Jumlah keseluruhan pelantar di AS ialah 597 buah, yang paling tinggi sejak November 2015.

Semalam, kejutan yang dibuat oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) gara-gara kejatuhan stok minyak mentah telah menyebabkan komoditi ini didagang tinggi.

Hal ini juga meredakan kebimbangan terhadap isu lebihan bekalan dan ketidakseimbangan yang sedang berlaku dalam industri ini.

Bagi minggu berakhir 17 Februari, EIA melaporkan bahawa inventori minyak mentah meningkat sebanyak 564,000 tong berbanding jangkaan peningkatan 3,745,000 tong. Sementara itu, inventori petrol menurun sebanyak 2.628 juta.

Harga minyak mentah terus disokong oleh OPEC selepas badan tersebut memberikan isyarat untuk mengurangkan lagi bekalan minyak mentah.

Sebelum ini, satu jawatankuasa OPEC dan non-OPEC telah bertemu minggu ini dan telah mengumumkan bahawa mereka telah mencapai kira-kira 86 peratus pemotongan minyak mentah pada Januari. OPEC juga dijadual akan bertemu sekali lagi pada Mac untuk mengkaji semula kadar pematuhan keseluruhan perjanjian tersebut.

Mexico Telah Bersedia Dengan “Pelan B”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat