Adakah Kegagalan Rusia Bayar Hutang Beri Kesan Pada AS? Ini Jawab White House!

582

Walaupun Rusia gagal membayar hutang antarabangsanya, White House menjangkakan Amerika Syarikat dan ekonomi global mungkin hanya akan mengalami kesan minimum.

Terdahulu, dilaporkan bahawa AS tidak merancang untuk menyambung pengecualian yang membenarkan Rusia untuk membayar hutang kepada pelabur antarabangsanya menggunakan mata wang US dolar.

Pengecualian itu sebelum ini membolehkan Moscow mengekalkan pembayaran hutang kerajaan, tetapi disebabkan ia kini tamat tempoh, Rusia menghadapi kesukaran untuk membayar kira-kira $40 bilion bon antarabangsanya.

Sekiranya gagal, Rusia mungkin berdepan risiko ‘default‘, yang bermaksud kegagalan untuk membuat pembayaran balik faedah yang diperlukan ke atas hutang pada masa yang dipersetujui.

Jurucakap White House, Karine Jean-Pierre memberitahu pada hari Khamis bahawa impak ke atas AS dan ekonomi global adalah minimum kerana Rusia sudah sedia terasing dari segi kewangan.

Sejak itu, Jabatan Perbendaharaan terus memantau serta mengadakan komunikasi dengan komuniti kewangan global, kata Jean-Pierre.

Sekatan Barat yang dikenakan selepas serangan Rusia ke atas Ukraine pada 24 Februari telah menyukarkan pergerakan wang merentasi negara dan menjejaskan kebanyakan urus niaga dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat