Amerika Akan Tamatkan ‘Lesen’ Rusia Untuk Bayar Hutang Antarabangsanya!

1,455

Rusia mungkin berdepan dengan risiko ‘default‘ selepas Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat mengumumkan bahawa ia akan menyekat keupayaan terakhir negara itu untuk membayar balik hutangnya kepada pelabur antarabangsa.

Default ialah kegagalan untuk membuat pembayaran balik faedah yang diperlukan ke atas hutang pada masa yang dipersetujui, sama ada hutang itu pinjaman atau sekuriti.

Dalam satu pemberitahuan yang tidak dirancang pada Selasa, Jabatan Perbendaharaan AS mengatakan bahawa ia tidak merancang untuk memperbaharui lesen yang membolehkan Rusia terus membayar hutangnya melalui bank-bank Amerika.

Sejak sekatan pertama dilaksanakan, ia telah memberikan lesen kepada bank untuk memproses sebarang pembayaran bon dalam denominasi dolar AS dari Rusia. Namun, keupayaan itu akan tamat pada tengah malam 25 Mei.

Walaupun begitu, tiada apa yang mengejutkan daripada pemberitahuan ini memandangkan Setiausah Perbendaharaan Janet Yellen telah memberi petunjuk mengenainya pada sidang akhbar menjelang mesyuarat menteri kewangan G7 di Jerman pada minggu lepas.

Malang buat Rusia, tanpa lesen untuk menggunakan bank AS bagi membayar hutangnya, negara itu tidak akan mempunyai cara lain untuk membayar balik bon pelabur antarabangsanya.

Sebelum ini, negara itu telah menggunakan JPMorgan Chase dan Citigroup sebagai saluran untuk membayar kewajipannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat