Adakah Laporan Pekerjaan NFP Malam Ini Menambah Duka Buat USD?

539

Kesuraman menyelubungi sentimen pasaran rentetan beberapa siri data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang mengecewakan mengakibatkan dolar USD terus mengalami penyusutan dengan kebimbangan terhadap perang perdagangan AS-China dan AS-EU akan membawa kepada kelumpuhan ekonomi dan mengheretnya kepada kemelesetan.

Sektor perkhidmatan AS merosot kepada 52.6 pada bulan September daripada 56.4 pada bulan sebelumnya dan tersasar daripada yang diunjurkan sebanyak 55.0. Ia adalah bacaan terendah sejak Ogos 2016, dengan pelabur kebanyakkan bimbang tentang tarif, sumber tenaga kerja dan arah ekonomi.

Kebimbangan terhadap kelemahan data-data ekonomi A.S meningkatkan kemungkinan bahawa Rizab Persekutuan A.S. akan mengurangkan kadar faedah pada akhir bulan ini, menjejaskan kelebihan hasil dolar.

Hal ini disokong oleh dua pembuat dasar Fed yang menunjukkan isyarat mereka bersedia terhadap pemotongan kadar faedah serta komen berhati-hati Naib Pengerusi Fed Richard Clarida yang mengatakan ahli mesyuarat akan bertindak sesuai dengan langkah untuk kadar pengangguran rendah, pertumbuhan yang kukuh dan inflasi yang stabil.

Di sisi lain, pound melonjak di tengah-tengah keyakinan terhadap pelan cadangan terbaru PM UK Boris Johnson yang mungkin mempunyai sedikit peluang untuk diterima.

Bagaimanapun, para pelabur masih tidak yakin sama ada cadangan Johnson untuk menggantikan perbatasan Ireland ‘backstop’ akan berubah menjadi perjanjian perceraian terakhir Brexit kerana terdapat mesej yang bercampur daripada kedua-dua belah pihak.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat