Adakah Pasaran Akan Kembali ‘Menggila’ disaat Brexit Dicetuskan Secara Rasmi Nanti?

38

27 pemimpin Kesatuan Eropah akan bertemu pada 29 April bagi membincangkan hal ehwal Brexit selepas London menghantar pemberitahuan rasmi bagi meninggalkan blok.

Pertemuan ini disahkan oleh Pengerusi Sidang kemuncak tersebut, Donald Tusk.

Mesyuarat itu juga berlangsung sebelum bermulanya rundingan rasmi antara Britain dan 27 negara yang masih kekal di dalam EU. London juga memberitahu sebelum ini bahawa mereka akan menghantar pemberitahuan untuk keluar dan mencetuskan Article 50 pada 29 Mac ini.

Tusk memberitahu pemberita bahawa kesemua anggota Majlis Eropah akan berkumpul pada bulan depan sejajar dengan pengumuman London.

Tusk juga sempat memberitahu pemberita bahawa beliau akan melakukan apa sahaja agar prose penceraian Britain dari Eu berjalan dengan lancar walaupun beliau secara peribadi ingin UK kekal dalam EU.

Proses rundingan juga diramal akan mengambil masa selama dua tahun. Ramai diplomat dan pegawai juga mengakui bahawa ia akan mengambil masa yang lama.

Namun, tambah Tusk, apa yang lebih penting, rundingan mestilah lebih jelas untuk semua rakyat, syarikat dan negara-negara anggota EU yang lain termasuklah rakan-rakan dagangan yang lain diseluruh dunia.

Harga Emas Sedikit Terpukul Dalam Dagangan Sesi Asia!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat