Harga Emas Sedikit Terpukul Dalam Dagangan Sesi Asia!

45

Harga emas menurun dalam sesi Asia pada Rabu disamping beberapa komen agresif yang dibuat oleh pegawai Fed.

Presiden Fed Cleveland, Loretta Mester berkata pada Selasa bahawa dia kini membayangkan kenaikan lebih daripada tiga kali pada tahun ini memandangkan ekonomi sedang bergerak dalam momentum yang agak baik.

Emas bagi penghantaran April di Comex New York Merchantile Exchange menyusut sebanyak 0.10 peratus kepada $1,245.25 satu troy ounce. Dalam masa yang sama, silver futures menyusut  sebanyak 0.23 peratus kepada $17.543.

Sementara itu, copper kali terakhir dinilai pada $2.609 sepound.

Semalam, emas didagang lebih tinggi sambil mengenepikan data ekonomi yang lebih baik dari jangkaan. Jabatan Perdagangan berkata pada Selasa bahawa data defisit akaun semasa yang menilai perbezaan eksport dan import dikeluarkan lebih baik.

Disamping itu, kejatuhan dalam US Dollar terus memberi sokongan kepada harga emas selepas US Dollar Index menurun di paras 100, mencecah tahap terendah dalam tempoh 6 minggu pada 99.50.

Pasaran turut mengalu-alukan ucapan dari pegawai Fed sebaik sahaja kadar dinaikkan pada minggu lepas.

Fed Sedang Menuju Ke Satu Fasa Yang Agak Kritikal : Esther George

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat