Fed Sedang Menuju Ke Satu Fasa Yang Agak Kritikal : Esther George

45

Presiden Fed Kansas City, Esther George berkata pada Selasa bahawa Fed sedang menilai peluang untuk mengurangkan sebahagian daripada rangsangan monetari yang telah diberikan kepada ekonomi AS.

George berkata demikian dalam satu acara yang dianjurkan oleh Wanita dibahagian Perumahan dan Kewangan bahawa Fed sedang menuju kepada fasa yang dianggap sangat kritikal.

Beliau tidak mengambil bahagian di dalam proses undian dasar bagi menetapkan kadar faedah pada tahun ini namun masih turut serta dalam perbincangan dasar Fed.

Tindakan Fed dalam menaikkan kadar pada awal bulan ini merupakan kenaikan ketiga dalam tempoh 2008 hingga 2015 setelah Fed mengelakkan kadar di sekitar sifar peratus. Bagaimanapun George tidak mengulas lanjut mengenai jangkaan kenaikan kadar oleh Fed pada tahun ini.

Menurut George, Fed perlu berhati-hati dalam mengetatkan dasar, namun perlu juga bertindak bijak agar ekonomi tidak menjadi terlalu overheat. Disamping itu, dia juga berpendapat bahawa segala tindakan dan percaturan Fed memerlukan banyak perbincangan dan analisis.

Peningkatan Pengeluaran Minyak di AS Sekali Lagi Menghumban Minyak Mentah di Paras Terendah!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat