Adakah Penularan Pandemik Covid-19 Di AS Akan Bertambah Buruk? Ini Komen Trump.

390

Presiden Donald Trump memberi amaran pada Selasa bahawa pandemik Covid-19 di Amerika Syarikat mungkin akan bertambah buruk sebelum ia menunjukkan tanda-tanda bahawa ia akan pulih.

Komen Trump itu diutarakan dalam keadaan penularan Covid-19 bertambah buruk dan terus menular dengan pantas bukan sahaja di A.S tetapi di seluruh negara. Pandemik tersebut telah menjangkiti lebih daripada 3.8 juta rakyat Amerika dan telah mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 141,1188 kematian setakat hari Selasa berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Johns Hopkins University.

Wilayah di Texas dan Florida merupakan antara wilayah yang mencatat catat kes yang tinggi dengan kematian terbanyak dalam 7 hari.

Trump menyatakan bahawa langkah-langkah yang diimplimentasikan dan disusun akan diteliti kembali. Trump menjelaskan bahawa peningkatan wabak Covid-19 baru-baru ini adalah disebabkan peningkatan ujian wabak Covid-19. Walaubagaimanapun, para pakar kesihatan menunjukkan kesangsian akan kenyataan Trump kerana menurut mereka kadar kes positif di A.S dan kadar kematian masih tinggi di beberapa wilayah.

Ramalan yang dikeluarkan oleh pentadbiran Rumah Putih setakat ini menyatakan anggaran sebanyak 220,000 orang Amerika berkemungkinan berhadapan kematian akibat Covid-19 menjelang 1 November kerana peningkatan kes-kes baru di beberapa wilayah di A.S.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat