Adakah Pinjaman Akan Ditingkatkan Semasa Krisis? Ini Yang Terjadi Di Eropah!

260

Data yang dikeluarkan oleh Bank Pusat Eropah menunjukkan bahawa pinjaman kepada syarikat-syarikat Zon Eropah terus mencatat peningkatan pada bulan Mei berikutan pergantungan yang tinggi terhadap kredit bank untuk terus bertahan dalam masa-masa kemelesetan ekonomi.

Bermula pada bulan Mac, kerajaan telah mengeluarkan perintah berkurung sehingga menyebabkan berjuta-juta orang harus tinggal dirumah dan akhirnya sebahagian besar sektor ekonomi terhenti. Ekonomi mula dibuka semula pada bulan Mei dan perkara ini menyebabkan syarikat terpaksa bergantng kepada wang kecemasan untuk bertahan dalam arus ekonomi.

Pada awalnya, ECB masih mengetatkan saluran kredit kepada syarikat-syarikat namun data-data yang didapati menyebabkan ECB terpaksa akur dengan mempermudahkan peraturan. ECB telah meminjamkan 1.3 trillion euro kepada sektor perbankan pada minggu lalu dengan kadar serendah negatif 1% dengan syarat bank syarat bank masih mengekalkan bekalan kredit utk ekonomi benar.

Pertumbuhan tahunan penawaran bagi M3 telah meningkat daripad 8.2% kepada 8.9%. Bacaan ini telah mengatasi jangkaan yang telah disasarkan oleh Reuters.

Matawang Euro kini mencatat pengukuhan berbanding US dolar sebanyak 0.39% setakat jam 9.40 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat