Adakah Trend Nak Berubah Lepas EUR/USD Lonjak Semula 80 Pips?

285

US dolar kekal mendapat kelebihan dalam suasana pasaran yang masih berisiko dengan ketidaktentuan krisis perang antara Rusia dan Ukraine yang belum berakhir.

Namun, pengukuhan US dolar tidaklah begitu ketara dan masih terdapat ruang untuk mata wang utama lain untuk mengukuh berbandingnya.

Seperti mata wang Euro pada dagangan Selasa semalam, berjaya mengukuh berbanding US dolar selepas timbul spekulasi bahawa European Central Bank (ECB) bakal meningkatkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas sebelum penghujung tahun ini.

Disebab itu, terdapat kenaikan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD pada sesi Eropah bersambung ke sesi New York semalam.

Sebelum itu, pergerakan harga pada sesi Asia sebelumnya memperlihatkan harga susut di bawah paras sokongan 1.1000 dengan paras terendah harian mencecah 1.09600 sebelum paparkan lonjakan sekitar 80 pips pada sesi-sesi berikutnya.

Setelah penganalisis menilai isyarat awal untuk trend bearish di awal minggu, pelabur tetap perlu berwaspada selepas berlaku lonjakan yang dipamerkan semalam.

Paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD diuji selepas lonjakan tersebut dan pelabur meneliti reaksi harga di sekitar itu bagi petunjuk pergerakan harga selanjutnya.

Sekiranya harga memberi petanda untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi, zon SBR (support become resistance) sekitar 1.11300 bakal diuji untuk cubaan harga mengatasi ketinggian dicapai minggu lalu.

Kenaikan lebih tinggi berjaya tembusi zon SBR tersebut akan mendorong harga menuju pula ke paras tumpuan 1.12000.

Namun jika harga menyambung semula penurunan untuk bergerak dalam trend bearish, harga bakal turun ke paras sekitar 1.0900 yang merupakan paras sokongan harga pada dagangan awal minggu lalu.

Penurunan lebih rendah selanjutnya dijangka untuk mencecah ke zon support pada 1.08000 pula, ataupun mencatatkan paras terendah terbaru 2 tahun selepas melepasi zon tersebut.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat