Adakah Trump Bakal Dipecat?

315

Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan akan melakukan pengundian awal pada esok berhubung akta pemecatan terhadap Presiden Donald Trump.

Parti Demokrat merancang untuk memperkenalkan dakwaan ‘hasutan pemberontakan’ terhadap Trump atas peranannya dalam insiden rusuhan di Capitol.

Anggota Demokrat, James Clyburn memberitahu CNN, langkah itu dilaksanakan minggu ini.

Tetapi parti Demokrat berkemungkinan tidak akan mengemukakan sebarang artikel kepada Senat untuk dibicarakan sehinggalah hari ke-100 pemerintahan Joe Biden sebagai Presiden.

“Lebih baik berikan Biden 100 hari yang beliau perlukan untuk melaksanakan agendanya,” kata Clyburn.

Demokrat mahu memberikan peluang kepada Biden untuk mengesahkan Kabinet baharu dan melaksanakan agenda utamanya seperti menangani coronavirus sebelum mengemukakan apa-apa kepada Senat.

Dalam pada itu, Trump masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan semenjak beliau disekat daripada beberapa media sosial termasuklah Twitter.

Sementara itu, Senator Republikan, Pat Toomey menggesa Trump untuk melepaskan jawatannya.

“Saya berpendapat cara terbaik untuk negara kita adalah untuk Presiden melepaskan jawatan dan pergi secepat mungkin,” ujar Toomey kepada NBC.

Selain itu, bekas Gabenor California, Arnold Schwarzenegger melabel Trump sebagai Presiden paling teruk menerusi satu video yang dimuat naik di Twitter semalam.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat