Aduh! Emas Menjunam Pula Pada Awal Minggu

2,481

Dagangan awal minggu menyaksikan harga emas mencatatkan kejatuhan ketara selepas ditekan oleh lonjakan US dolar dan hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang lebih tinggi.

Pada sesi Asia, logam berharga itu didagangkan suram pada $1,948 per auns setelah susut sekitar 0.50% pada awal sesi.

Emas telah meningkat hampir 2% pada minggu lalu kerana disokong oleh peningkatan harga komoditi dan pengumuman Amerika Syarikat untuk menyekat sebarang transaksi emas dengan Rusia.

Namun, disebabkan hasil bon yang tinggi dagangan logam kuning itu terbatas. Penanda aras hasil bon AS 10 tahun terus mencatat rekod baharu di paras tertinggi hampir tiga tahun dengan menyentuh tahap 2.50% pada penghujung sesi dagangan minggu lalu.

Sementara itu, US dolar pula meningkat ke paras tertinggi lebih satu minggu pada awal sesi Asia, menyebabkan logam berharga itu lebih mahal bagi pemegang mata wang utama yang lain.

Dalam perkembangan lain, hub kewangan China iaitu Shanghai telah mengumumkan langkah penutupan melalui dua peringkat pada Isnin. Ini menyebabkan 26 juta penduduk akan terjejas dalam usaha mengekang lonjakan Covid-19.

Pelabur kini memberi tumpuan kepada penerbitan data pekerjaan ADP dan NFP Amerika Syarikat pada minggu ini yang bakal memberi impak lebih besar pada pergerakan logam kuning itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat