Aduh! Ini Je ‘Target’ China Untuk Ekonomi 2023?

331

Ketika dunia mengharapkan pemulihan lebih kuat dalam ekonomi China, negara itu sebaliknya hanya menetapkan sasaran pertumbuhan sederhana untuk tahun ini.

Sasaran baru itu diumumkan oleh komandan kedua Presiden Xi Jinping, Perdana Menteri Li Keqiang yang meramalkan China berkembang sekitar 5% pada 2023.

Dalam ucapan selama sejam pada Ahad, beliau turut membentangkan keutamaan ekonomi dan belanjawan baharu termasuk lebih banyak perbelanjaan pertahan.

Selain itu, Li Keqiang juga berkata pegawai akan mengamalkan dasar monetari yang berhemat dan bersasar, serta memberi amaran mengenai ekonomi global yang tidak stabil.

Kesan daripada kawalan ketat Covid-19, negara itu telah mengalami kemelesetan drastik dalam pasaran hartanah dan kejatuhan eksport, mendorong pertumbuhan hanya 3% sahaja pada 2022.

Penganalisis melihat ramalan yang ditetapkan adalah munasabah memandangkan impak daripada sekatan Covid-19 dan kelembapan ekonomi tahun lalu masih terasa.

Tabung Kewangan Antarabangsa pula memberi prospek yang lebih baik, di mana ekonomi China mungkin pulih sebanyak 5.2% tahun ini dengan perbelanjaan isi rumah dan aktiviti perniagaan meningkat.

Dalam pada itu, sasaran defisit belanjawan kerajaan ditetapkan pada 3% daripada KDNK, melebar daripada sasaran 2.8% tahun lepas.

Perbelanjaan dijangka meningkat 5.6% daripada 2022 pada 27.51 trilion yuan ($3.9 trilion), manakala sasaran inflasi pengguna akan dikekalkan pada 3%, kata Li Keqiang.

Nak tahu lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom join komuniti kami! Klik sini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat