Aduh Jatuh Balik! Bursa Gagal Kekal Momentum Semalam

193

Pada jam 9.00 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.68 mata pada 1,596.20 daripada penutupan Rabu pada 1,597.88.

Indeks dibuka lemah 2.03 mata pada 1,595.85.

Ia dibuka rendah ekoran kemunculan aktiviti profit-taking sederhana selepas indeks barometer ditutup tinggi 0.76% apabila pelabur masih berada dalam sentimen berhati-hati terhadap ketegangan geopolitik.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung dengan 194 berbanding 135, manakala 195 kaunter pula tidak berubah, 1,778 tidak didagangkan dan 12 digantung.
Jumlah perolehan pada 178.28 juta unit bernilai RM84.12 juta.

Nota Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan lantunan di pasaran Wall Street terbantut ekoran faktor aktiviti profit-taking sehingga melimpah ke bursa tempatan terutamanya pada saham teknologi.

Hujarnya lagi, pelabur sedang dalam sentimen berhati-hati terhadap sekatan ke atas Rusia yang akan memberi kesan kepada harga komoditi.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) dan CIMB Group Holdings Bhd naik 2 sen pada RM8.96 dan RM5.39, Petronas Chemicals Group Bhd capai 5 sen pada RM9.64 dan Public Bank Bhd canak 1 sen pada RM4.66 sementara IHH Healthcare Bhd jatuh 7 sen pada RM6.47.

Saham aktif memperlihatkan CSH Alliance Bhd kekal pada 16.5 sen sementara Focus Dynamics Group Bhd, Velesto Energy Bhd, Siab Holdings Bhd dan Sapura Energy Bhd naik 0.5 sen pada 3.5 sen, 11 sen, 22 sen dan 3.5 sen.

Di papan indeks, FBM 70 meningkat 24.27 mata pada 13,676.52, indeks FBM Emas Index menambah 18.18 mata pada 11,411.19, indeks FBM Emas Shariah mencanak 10.36 mata pada 12,016.44 dan indeks FBMT 100 Index melonjak 14.91 mata pada 11,099.20 sementara FBM ACE menghilang 26.45 mata pada 5,556.23.

Segi sektor, indeks Industri Produk dan Perkhidmatan mencanak 0.98 mata pada 204.92, indeks Perladangan mengurang melonjak 10.79 mata pada 8,059.19 dan indeks Perkhidmatan Kewangan memekar 43.10 mata pada 16,791.92.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat