Aduh! Kadar Pengangguran Australia Meleset Dari Jangkaan

564

Pertumbuhan dalam pasaran pekerjaan Australia kembali perlahan pada bulan Mac, dengan kadar pengangguran meleset daripada jangkaan dan pertambahan pekerjaan yang lebih sedikit.

Biro Statistik Australia (ABS) melaporkan kadar pengangguran tidak berubah pada 4.0% iaitu tahap terendah 13 setengah tahun, tersasar daripada jangkaan untuk menurun kepada 3.9%.

Sementara pertambahan pekerjaan pula meningkat 17,900 pada bulan lalu berbanding 77,400 yang dicatatkan sebelumnya, jauh di bawah ramalan pasaran untuk bertambah sebanyak 30,000.

Bagaimanapun, reaksi awal yang dipamerkan dolar Aussie susulan penerbitan ini menunjukkannya kekal stabil berbanding US dolar yang suram pada sesi Asia.

Angka yang dicatatkan ini mungkin akan membawa kekecewaan buat Perdana Menteri Scott Morrison untuk dijadikan senjata manifestonya di tengah-tengah kempen pilihan raya yang sengit.

Ia juga mungkin mengurangkan tekanan ke atas Bank Pusat Autsralia (RBA) untuk meningkatkan kadar faedah. Meskipun begitu, pasaran masih mengharapkan kenaikan pertama akan berlaku pada bulan Jun.

RBA sebelum ini telah mengetepikan pendiriannya untuk bersabar terhadap dasar yang longgar di tengah-tengah pasaran buruh yang semakin meningkat akan mendorong upah lebih tinggi dan menambahkan lagi tekanan inflasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat