Aduh! Kenapa Pasaran Minyak Suram Hari Ini?

297

Harga minyak sedikit susut pada pembukaan dagangan awal minggu berikutan kebimbangan terhadap peningkatan berterusan kes Covid-19 di seluruh dunia sehingga mendorong perlaksanaan sekatan baru.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent diperdagangkan susut pada $49.05 setong, manakala WTI Amerika Syarikat merosot kepada $46.05 setong.

Bagaimanapun, dagangan komoditi itu kekal menguat di sekitar paras tertinggi 9 bulan yang dicapainya pada hari Jumaat susulan keputusan OPEC+.

OPEC+ telah bersetuju untuk mengurangkan pemotongan pengeluaran sebanyak 500,000 tong sehari kepada 7.2 juta tong sehari mulai Januari 2021 bagi menyokong pasaran minyak yang terjejas akibat permintaan yang lemah.

Setelah menyaksikan peningkatan ketara dalam kes Covid-19, California terpaksa mengenakan sekatan baru untuk membendung penularan.

Selain itu, wilayah Jerman selatan Bavaria mengumumkan pada hari Ahad bahawa ia akan melaksanakan penutupan yang lebih ketat mulai hari Rabu sehingga 5 Januari, sementara pihak berkuasa Korea Selatan pula akan meningkatkan peraturan jarak sosial di Seoul dan kawasan sekitarnya yang mungkin akan berkuatkuasa hingga akhir tahun.

Hal ini secara tidak langsung telah menimbulkan kebimbangan pasaran terhadap permintaan minyak mentah, sementara prospek positif terhadap vaksin Covid-19 terus memberi harapan buat pelabur.

Sementara itu, data pekerjaan NFP yang lemah menguatkan jangkaan pelabur terhadap langkah rangsangan fiskal yang akan dilaksanakan oleh AS untuk menyokong ekonomi mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat