Aduh! Kenapa Pound Terjun Lepas Data CPI UK?

566

Meleset daripada jangkaan, inflasi UK ternyata terus mencatatkan penurunan pada bulan Ogos sekali gus membuka peluang bagi Bank of England (BOE) menamatkan kitaran pengetatannya.

Terbaru, Pejabat Statistik Negara (ONS) melaporkan indeks harga pengguna (CPI) tahunan UK meningkat kepada 6.7%, menurun daripada kenaikan 6.8% pada bulan Julai.

Angka yang dicatatkan itu juga tersasar daripada jangkaan pasaran untuk meningkat semula kepada 7.0%.

Ini secara tidak langsung menandakan kadar terendah sejak Februari 2022, terutamanya disebabkan oleh kejatuhan mendadak dalam inflasi makanan dan penurunan kos perkhidmatan penginapan.

Selain itu, inflasi teras (tidak termasuk harga tenaga dan makanan) pula dilaporkan menurun kepada 6.2%, kadar terendah yang dicatatkan sejak Mac dan jauh di bawah ramalan 6.8%.

Walau bagaimanapun, kedua-dua angka tersebut kekal jauh melebihi sasaran 2% bank pusat.

Bulan lepas, BOE menjangkakan inflasi pada Ogos akan meningkat kepada 7.1% sebelum jatuh mendadak kepada sekitar 5% pada Oktober.

Pelabur menjangkakan bank pusat itu akan menaikkan kadar faedah pada mesyuarat polisi esok (Khamis) kepada 5.5%. Namun, ini mungkin kenaikan terakhir oleh BOE susulan ekonomi UK yang semakin perlahan.

Susulan data itu, mata wang pound mencatat penurunan lebih rendah ke paras harga 1.2333 berbanding US dolar.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat