Aduh! Pengukuhan Emas Kembali Terbantut

1,091

Harga emas sedikit susut pada permulaan dagangan awal minggu berikutan kenaikan semula US dolar, dengan tumpuan pasaran kini beralih kepada laporan pekerjaan NFP AS yang akan diterbitkan pada hari Jumaat minggu ini.

Spot emas diniagakan merosot pada $1,811 per auns pada sesi Asia, sementara niaga hadapan emas pula diperdagangkan pada $1,814 per auns.

Emas kembali mencatatkan penyusutan selepas permintaan terhadap US dolar meningkat semula berikutan pengambilan untung oleh pelabur sebelum menutup dagangan hujung minggu dan akhir bulan.

Bacaan indeks harga perbelanjaan peribadi pengguna (PCE) AS turut memberi kesan kepada dagangan emas selepas ia tersasar daripada jangkaan pasaran untuk meningkat lebih tinggi pada bulan Jun.

Secara tahunan, PCE teras dilaporkan meningkat 3.5% pada bulan Jun daripada jangkaan 3.7%, tetapi sedikit meningkat dari 3.4% dicatatkan pada bulan sebelumnya. Ini menunjukkan bahawa pertumbuhan dalam kadar inflasi tidaklah seperti yang ditakuti oleh pasaran sebelum ini.

Bagaimanapun, logam berharga itu masih bertahan daripada jatuh lebih rendah, disokong oleh ketidakpastian dalam pasaran yang dicetuskan oleh kebimbangan terhadap wabak Covid-19 yang semakin cepat menular dan prospek pertumbuhan yang lebih lemah dari dijangkakan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat