Aduh! Ringgit Dihenyak USD, Susut Ke Paras RM4.72 Semula

95

Ringgit melanjutkan kerugian sejak semalam berbanding dolar AS berikutan sentimen kukuh pada ekonomi AS serta memberi kelebihan tinggi buat USD.

Jam 10.40 pagi, ringgit didagangkan pada 4.7160 iaitu memulih sedikit sebanyak 0.13% berbanding ia ditutup 4.7100 pada Rabu.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Afzanizam Abdul Rashid berkata yen Jepun nampaknya menjadi tajuk utama berita apabila dolar-yen melepasi paras 160 yen menjelang laporan Indeks Harga Perbelanjaan Pengguna Peribadi (PCE) AS pada Jumaat ini.

Mata wang utama lain seperti euro, pound British dan dolar Kanada juga merosot akibat Indeks Dolar AS (DXY) yang lebih tinggi kepada 106.052 mata.

Katanya lagi, nota Perbendaharaan AS 10 tahun juga berbalik arah dengan naik 8.0 mata asas kepada 4.33%. Harga emas pula jatuh di bawah harga $2,300 per auns berikutan hasil AS yang lebih tinggi.

Sementara itu, ringgit kebanyakannya bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ia menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 2.9379/9403 daripada 2.9459/9489 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.9555/9600 daripada 5.9722/9779. Namun, ringgit susut berbanding euro kepada 5.0409 daripada 5.0383.

Nota tempatan itu juga didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang Asean lain.

Ringgit meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.7623/7766 daripada 12.8007/8185 dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4735/4764 daripada 3.4746/4782 semalam.

Ia juga lebih lemah berbanding rupiah Indonesia pada 287.4/287.9 ​​daripada 287.1/287.6 dan tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 8.01/8.02 daripada 8.01/8.02 sebelumnya. – Bernama

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat