Aduh Sakitnya! Kenapa BTC Jatuh Terhempas Ke $58K?

401

“BTC jatuh lagi, tapi sebenarnya inilah peluang korang untuk kaut lebih banyak. Harga diskaun kot siapa je tak nak.”

Meluncur sehingga $58,500, harga Bitcoin (BTC) berterusan berdarah apabila pemegang amanah bagi bursa mata wang kripto Mt. Gox tidak berfungsi bakal memulangkan lebih 140,000 BTC kepada para pelanggan yang aset digitalnya dicuri semasa penggodaman 2014.

Dilaporkan, lebih $9.4 bilion BTC telah terhutang kepada 127,000 pemiutang Mt. Gox yang sudah menunggu selama sepuluh tahun bagi mendapatkan semula dananya, jadi BTC mampu mengalami tekanan jualan disebabkan sesetengah pelabur yang mungkin ingin mengaut keuntungan.

Kejatuhan secara besar-besaran harga BTC turut tercetus apabila terdapatnya aliran keluar daripada spot BTC ETF berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) yang melihat pengeluaran hampir $1.12 bilion dalam masa 14 hari lalu.

Bukan itu sahaja, pasaran derivatif BTC mengalami liquidations bernilai lebih $1128.91 juta dalam 24 jam lalu, di mana $119.01 juta adalah positions long senentara jumlah liquidations di seluruh pasaran kripto berjumlah $250 juta.

Pada Jun 2024 pula, miners BTC menjual lebih 30,000 BTC bernilai $2 bilion yang menandakan jualan bulanan tertinggi dicatatkan pada tahun ini dan ia malangnya mendorong rizab miners ke paras terendah 14 tahun iaitu 1.9 juta BTC.

Seluruh pasaran kripto termasuk BTC juga terkesan disebabkan peraturan Markets in Crypto-Assets (MiCA) yang dilaksanakan baru-baru ini di Kesatuan Eropah ditambah pula Binance rancang mengehadkan stablecoin tertentu bagi mematuhi peraturan kripto EU baharu itu.

Persekitaran makro semasa dengan inflasi dan kadar faedah tinggi juga mungkin menyebabkan pelabur menilai semula aset yang lebih berisiko seperti kripto yang sejak kebelakangan ini semakin bergerak tidak menentu.

Menurut Markus Thielen, pengasas 10x Research berkata BTC yang gagal menembusi zon rintangan lebih tinggi telah membawa pada pembentukan double-top price pattern yang berpotensi membawa pada penurunan lebih curam sehingga $50,000 atau $45,000.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC menjunam sebanyak 4.24% pada paras $60,394 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran $1.1 trilion seterusnya mencatatkan penyusutan 8.08% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat