Agenda Licik? Pengawal Selia Dikatakan Sengaja Tutup Signature Bank!

409

“Pengawal selia memang nak lihat pasaran kripto goyah?”

Susulan bimbang dengan keruntuhan Silicon Valley Bank, pelanggan Signature Bank yang secara pantas mengeluarkan lebih $10 bilion deposit telah menjadi punca bank tersebut turut gagal untuk bertahan.

Menurut Barney Frank, ahli lembaga pengarah dan bekas ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) berkata tindakan pengawal selia yang merampas kawalan Signature Bank untuk melindungi pendeposit dan sistem perbankan AS telah memberi kejutan kepada pegawai bank itu.

Umum mengetahui bahawa Signature Bank yang berpangkalan di New York mempunyai kontrak luas dalam pasaran kripto, hartanah dan undang-undang di 40 lokasi dengan merekodkan aset $110.36 bilion dan deposit $88.59 bilion menjelang akhir 2022.

Frank berpandangan pengawal selia didapati ingin menunjukkan kripto adalah toksik melalui pendekatan mereka yang agak agresif.

Hal ini kerana pengawal selia seolah-olah mempunyai agenda tersembunyi untuk menunjukkan bahawa bank AS tidak seharusnya terlibat dalam kripto.

Walaupun Frank memuji langkah kerajaan yang ingin wujudkan keselamatan untuk deposit tidak diinsuranskan, beliau mengatakan Signature Bank akan mempunyai prestasi lebih baik jika agensi kerajaan bertindak lebih awal.

Pun begitu, eksekutif Signature Bank laksanakan pelbagai kaedah seperti mencari sumber pembiayaan tambahan untuk bantu syarikat kukuhkan semula kedudukannya.

Namun, bank tersebut secara tiba-tiba ditutup pada hari sama selepas pentadbir tertingginya dipecat daripada jawatan mereka tanpa penjelasan, di mana kini Silvergate Bank diawasi oleh pengawal selia yang memberi jaminan kepada pelanggan bahawa simpanannya boleh diakses.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat