Agensi Berita Terbesar China Xinhua Umum Bakal Melancarkan Koleksi NFT!

326

Syarikat media kerajaan China, Agensi Berita Xinhua, telah mendedahkan bahawa mereka tidak lama lagi akan mengeluarkan “koleksi berita digital” yang pertama di China dalam bentuk non-fungible tokens (NFT).

Dalam pengumuman rasmi baru-baru ini, Xinhua akan mengeluarkan sejumlah 110,001 salinan gambar unik yang diambil oleh wartawan pada tahun 2021.

Menurut pengumuman terkini, item digital itu akan dipecahkan kepada 11 koleksi yang terdiri sebanyak 10,000 salinan dan ia akan dikeluarkan dalam satu edisi khas secara berasingan yang boleh didapati di aplikasi mudah alih Xinhua pada hari Jumaat ini, 24 Disember.

Perkembangan itu menunjukkan minat yang semakin meningkat dalam aset kripto dan teknologi blockchain, walaupun terdapat beberapa amaran daripada Bank Pusat China atau People’s Bank of China (PBoC) yang terkait dengan aset kripto.

Syarikat media tersebut menyatakan bahawa koleksi itu mempunyai “peringatan yang sangat istimewa,” sambil menambah bahawa ia “merekodkan banyak detik bersejarah yang berharga pada tahun 2021.”

“Ia adalah ringkasan khas akhir tahun yang ditulis ke dalam dunia metaverse,” tambah pengumuman itu.

Berikutan tindakan keras besar-besaran terhadap aset kripto oleh kerajaan China, pemain industri terpaksa untuk tidak terlalu menonjol dalam mengumumkan atau melaksana aktiviti kripto. Walau bagaimanapun, pelancaran NFT yang dicadangkan oleh Xinhua baru-baru ini bukanlah langkah pertama negara dalam ruang koleksi digital.

Terdahulu semasa DeFi Summer 2.0, saluran media popular China The South China Morning Post mendedahkan bahawa ia sedang mencipta satu siri NFT menggunakan piawaian token baharu yang digelar “ARTIFACT,” yang didakwa telah direka bentuk untuk mengekalkan aset bersejarah di blockchain.

Sementara itu, China terus mengekalkan pendirian yang ketat terhadap aset kripto dan setiap aktiviti lain yang berkaitan dengan aset, termasuk operasi perlombongan akan dikekang.

Beberapa minggu lalu, seorang pegawai berpangkat tinggi didapati bersalah kerana menyokong syarikat perlombongan kripto. Akibatnya, Xiao Yi telah dilucutkan jawatannya dan dipecat daripada parti politik beliau.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat