Agensi BTS Cipta Sejarah, Rekod Pendapatan Bersih $118 Juta

390

‘Sorak gembira Sis Forex dengar berita ni masa penulis bagitahu dia.’

Hybe Corporation, agensi yang menguruskan kumpulan k-pop BTS, mencatat sejarah dengan memperolehi pendapatan bersih sebanyak 141 bilion Won atau US$118 juta bagi tahun 2021 walaupun terpaksa menundakan beberapa siri jelajah konsert akibat Covid-19.

Hybe telah membuka lembaran baharu kepada industri musik di Korea Selatan apabila mencatat jualan tahunan lebih $1.04 bilion pada 2021, selain turut menyaksikan keuntungan bersihnya meningkat 63% ke tahun pada 141 bilion Won atau US$118 juta.

Selain itu, jualannya turut melonjak 58% ke rekod tertinggi melebihi 1.25 trilion Won sementara keuntungan operasi tambah 30.8% pada 190 bilion Won.

Walaupun pada tahun lalu firma tersebut terpaksa mengurangkan operasi seperti menangguhkan konsert jelajah kumpulan BTS akibat Covid-19, namun ia tidak menghalangnya daripada terus mencatat pendapatan bersih daripada sumber lain.

Menurut kenyataan, prestasi cemerlang Hybe tersebut adalah hasil struktur perniagaan yang kukuh berdasarkan sistem berbilang label serta penjualan album, kandungan dan iklan.

Hybe mencatat peningkatan 18% bagi penjualan albumnya pada 378.5 bilion Won sementara penjualan kandungan melonjak 176.6% pada 365.9 bilion Won dan yuran pengiklanan serta penjualan pengurusan canak 115.3% pada 100.7 bilion Won.

Sebagai makluman, firma tersebut yang dahulunya Big Hit Entertaiment turut memiliki label muzik penyanyi antarabangsa seperti Ariana Grande dan Justin Bieber.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hybe, Pak Ji-Won berkata firma tersebut sedang merancang untuk membangunkan perniagaan permainan dan mempelbagaikan bentuk hiburan ke dalam metaverse tidak lama lagi.

Selain itu, Hybe juga dalam proses untuk melancarkan non-fungible tokens (NFT) milik mereka sendiri.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat