Ah Sudah! BOJ Sekali Lagi Diuji Dengan Hasil Bonnya

188
  • Hasil JGB 10 tahun cecah 0.5%
  • Kenaikan ini bakal memberi tekanan buat BOJ
  • Terdahulu BOJ naikkan had sasaran hasil dari 0.25% kepada 0.5%

Peningkatan terbaharu dalam hasil bon kerajaan Jepun (JGB) 10 tahun bakal membuat Bank of Japan (BOJ) sakit kepala.

Hasil pada JGB 10 tahun buat pertama kali meningkat kepada 0.50% sejak Julai 2015, mencecah had sasaran hasil yang dibenarkan oleh BOJ.

Kenaikan yang berterusan di atas tahap itu berisiko membawa kepada spekulasi bahawa bank pusat akan meningkatkan siling hasilnya lagi atau meninggalkan dasar kadar faedah negatifnya.

Peningkatan tersebut berlaku selepas Kementerian Kewangan Jepun pada Khamis menaikkan kadar kupon pada JGB 10 tahun kepada 0.5% daripada 0.2% sebelumnya, paras tertinggi sejak Disember 2014.

Pada hari Jumaat, bank pusat membeli tambahan ¥300 bilion ($2.2 bilion) untuk bon 5 hingga 10 tahun di samping pembelian berjadual sebanyak ¥1.23 trilion untuk *tenor lima tahun atau kurang dan ¥300 bilion untuk 10 hingga 25 bon tahun.

*tempoh masa yang tinggal sebelum kontrak kewangan tamat.

Selain itu, BOJ turut menawarkan pinjaman dua tahun tanpa faedah berjumlah ¥2 trilion untuk hari ketiga. 

Memandangkan dana yang dipinjam daripada operasi sedemikian sering digunakan untuk membeli hutang kerajaan, ia dilihat sebagai alat untuk mengekalkan hasil jangka pendek.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat