Ah Sudah! Elon Musk Nak Beli Manchester United?

269

Mencuri tumpuan peminat bola sepak Eropah ketika ini apabila individu terkaya dunia, Elon Musk dikatakan mahu membeli kelab bola sepak Manchester United!

Elon Musk menerusi akaun Twitternya menyatakan beliau akan turut membeli kelab bola sepak tersebut selepas mengakhiri ciapan sebelumnya berkenaan sokongan politik beliau terhadap kedua-dua Parti Republik dan Parti Demokratik.

Namun adakah beliau benar-benar berminat untuk mengintai peluang perniagaan dalam bidang sukan pula?

CEO Tesla dan SpaceX itu sememang diketahui sering berjenaka di laman sosial beliau yang menarik perhatian warga Internet dan ciapannya itu tidaklah dianggap serius.

Malah, ada yang bertanya adakah beliau benar-benar maksudkan perkara tersebut, dan beliau membalas respon ianya hanyalah sekadar gurauan di Twitter. Beliau tidak berminat untuk memiliki mana-mana pasukan sukan.

Pemilik kelab Manchester United juga dilihat tidak memberi sebarang respon terhadap ciapan Musk tersebut.

Gurauannya itu hanyalah sekadar mengikuti trend semasa di Internet di mana pasukan Manchester United kini berada di tangga tercorot liga perdana Inggeris ketika ini pada permulaan musim.

Bermula dengan prestasi hambar, dua kekalahan berturut-turut pasukan termasuk tewas dengan jaringan 0-4 ke atas pasukan Brentford baru-baru ini tidak disenangi oleh peminat-peminat tegar ‘red devils’ walaupun memiliki pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo dalam pasukan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat