Ah Sudah! GBP/USD Sedikit Mendatar, Ke Mana Hala Tuju Yang Sebenar Ini?

393

Selepas pergerakan harga pasangan matawang GBP/USD menguji zon SBR (support become resistance) 1.38000 dan menyentuh paras rintangan Moving Average 50 (MA50) harga dilihat kembali menyusut.

Namun corak penurunan tersebut tampaknya tidak berdaya untuk merundum lebih rendah setelah masih gagal untuk terus menembusi paras sokongan mingguan sekitar 1.37400 di kala sesi Eropah (Isnin).

Walau bagaimanapun, pergerakan harga masih kekal mempamerkan corak downtrend meskipun harga bergerak mendatar pada penghujung sesi dan bersambung ke sesi dagangan di sesi Asia hari ini (Selasa).

Yakni yang mana pelabur nampaknya turut ambil langkah berjaga-jaga mengenai petunjuk pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) bagi menilai pergerakan yang lebih realistik terhadap matawang USD.

Tekanan matawang Pound pula menyaksikan penantian kepada langkah Bank of England (BOE) untuk menaikkan kadar faedah serba sedikit agak terbantut susulan peningkatan ketara kes Covid-19 di Britain.

Paras rintangan 1.37400 berkemungkinan akan sekali lagi diuji dan sekiranya corak ‘descending triangle’ yang dipamerkan itu ‘valid’, maka pergerakan harga dijangka akan berupaya untuk susut lebih rendah.

Manakala penurunan yang lebih rendah bakal menyaksikan junaman semula untuk mencecah zon RBS (resistance become support) 1.37000 dan isyarat yang jelas untuk harga kekal dengan trend bearish.

Sebaliknya jika harga kembali mempamer aksi cemerlang untuk melonjak, paras tertinggi mingguan pula pada 1.38300 dijangka akan menjadi paras tumpuan utama untuk diuji sebelum melonjak lebih agresif.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat