“Mesti parah kalau pengganti Gary Gensler pun perangai sama juga.”
Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS) Warren Davidson semalam mengumumkan pemfailan Akta Penstabilan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) bagi menyusun semula agensi kawal selia serta memecat Pengerusi Gary Gensler.
Davidson turut berkata bahawa beliau bukan sahaja berhasrat membetulkan penyalahgunaan kuasa yang sejak kebelakangan ini semakin meningkat malah memastikan pasaran mata wang kripto sentiasa mendapat perlindungan.
Beliau yang disokong oleh House Majority Whip Tom Emmer berpandangan bahawa pelabur AS dan industri berhak memperoleh pengawasan jelas serta konsisten dan tindakan dilakukannya ini sama sekali bukanlah permainan politik.
Oleh demikian, langkah pertama yang akan dilakukan Davidson melalui Akta Penstabilan SEC ialah memecat Gensler kemudian merombak proses penggubalan peraturan, penguatkuasaan dan penyiasatan.
Umum mengetahui rang undang-undang itu yang juga bertujuan untuk memperkemas pasaran modal AS telah dilaksanakan semasa Gensler menghadapi kritikan hebat disebabkan tindakan agresifnya terhadap pasaran kripto.
Selain itu, tuntutan mahkamah berpanjangan antara Ripple (XRP) dan SEC kini sedang menunggu pengeluaran dokumen Hinman pada 13 Jun 2023 yang dapat menentukan sama ada aset digital tersebut adalah sekuriti ataupun tidak.
Tuntutan XRP dengan SEC pada masa ini adalah konflik paling penting susulah keputusannya akan memberi impak terhadap pasaran kripto setelah Hakim Analisa Torres menyampaikan semua Summary Judgement beliau.