‘Ahli Politik Perlu Berani!’ – Tony Fernandes Ingin Sempadan Dibuka

477

‘Tadi ada isu pasal Elon Musk bengang dengan SEC, sekarang Tony Fernandes pulak. Ramai betul nak ‘bergocoh’ minggu ni ye.’

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia, Tony Fernandes, menyeru kerajaan untuk bertindak lebih ‘berani’ dan membuka sempadan bagi membantu pertumbuhan ekonomi.

Ketika ditemu ramah oleh BBC di Singapore Airshow yang berlangsung di Singapura dari 15 Febuari ke 18 Febuari 2022, Tony Fernandes telah menzahirkan pendapatnya yang menginginkan sempadan diantara negara dibuka seterusnya membenarkan aktiviti pelancongan berjalan semula.

Menurutnya, pelancongan rentas sempadan menyumbang 12% daripada KDNK Asia Tenggara pada 2019 dan sejak 2 tahun lalu ia telah terjejas teruk kerana Covid-19, namun sudah sampai masanya untuk aktiviti ekonomi berjalan semula bagi melindungi mata pencarian dan ekonomi rakyat.

Tambahnya lagi, langkah penutupan sempadan adalah tidak logik lagi kerana Omicron sudah berada dalam masyarakat.

Data yang dikeluarkan oleh International Air Transport Association (IATA) menunjukkan hanya wilayah Asia-Pasifik sahaja di dunia yang gagal mencatatkan sebarang peningkatan ketara dalam trafik udara menjelang akhir 2021.

Sebagai perbandingan, Ryanair di Ireland berjaya mencatat kenaikan hasil 3 kali ganda tahun ke tahun bagi suku ke-3 2021.

Sementara itu, AirAsia pula mencatat penurunan 3 kali ganda bagi wilayah di rantau Asia, walaupun wilayah Eropah dan Amerika Utara berjaya mencatat lantunan pada 2021 ekoran peraturan perjalanan dilonggarkan.

Setakat ini negara jiran, Singapura membuat langkah tentatif bagi perjalanan yang kurang ketat melalui Lorong Perjalanan Vaksinasi (VTL) terpilih, yang menjamin kemasukan tanpa kuarantin namun penerbangan tersebut adalah terhad dan lebih mahal.

Terdapat juga beberapa negara lain yang menggunakan skim yang serupa namun ia melibatkan kertas kerja yang banyak serta pelbagai ujian Covid yang mahal dan tempoh kuarantin wajib yang singkat.

Bagi Tony Fernandes dalam hujahnya, pembukaan sempadan bermakna tiada kuarantin, tiada dokumen dan tiada ujian.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat