Asyik Jadi ‘Target’ Je, Elon Musk Bengang Dengan SEC

1,951

‘Bukan Elon Musk je yang menyampah nama dia yang selalu dipetik, penulis pun dah naik lali asyik tulis pasal Elon Musk ja.’

Tesla Inc dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)nya, Elon Musk menuduh Securities and Exchange Commission (SEC) Amerika Syarikat (AS) kerana sering mengganggu dengan ‘target‘ dan melakukan siasatan ‘tidak berhenti’ sebagai hukuman kepada Musk yang lantang mengkritik kerajaan.

Peguam Musk dan Tesla, Alex Spiro telah menyuarakan tuduhan tersebut dalam sebuah surat yang dikirimkan kepada Hakim Daerah AS, Alison Nathan, berkaitan isu penyelesaian SEC pada 2018 yang berpunca daripada twit Musk tentang kemungkinan pembelian Tesla.

Berkenaan isu penyelesaian SEC pada 2018 tersebut, Elon Musk didakwa telah membuat kenyataan palsu dan mengelirukan, seterusnnya diperintah membayar denda sebanyak $20 juta selain turut dikehendaki berundur daripada jawatannya sebagai pengerusi Tesla selama 3 tahun.

Disamping itu, Tesla juga dipaksa membayar denda $20 juta secara berasingan dan dikehendaki memantau sebarang kenyataan yang dibuat Musk tentang syarikat di laman Twitter atau laman media sosial lain.

Berbalik kepada tuduhan yang disuratkan tersebut, SEC dikatakan sedang ‘target‘ Musk dan Tesla untuk penyiasatan ‘tidak berhenti’ ekoran kelantangan Elon Musk mengkritik kerajaan.

Tambahnya, SEC juga dilihat cuba melanggar pelaksanaan First Amendment Rights* dan bukannya untuk menguatkuasakan undang-undang yang terpakai secara umum dengan cara yang adil.

*First Amendment Rights adalah undang-undang berkenaan penubuhan agama atau melarang penggunaan bebas, yang melindungi kebebasan bersuara, akhbar, perhimpunan dan hak untuk membuat petisyen kepada kerajaan untuk membetulkan rungutan.

Setakat ini SEC masih tidak mengeluarkan sebarang komen berkenaan tuduhan tersebut, namun, Hakim Nathan mengarahkan pegawal selia tersebut memberi respon menjelang 24 Febuari.

Sebagai makluman, hal ini terjadi selepas SEC menghantar sepina pada 7 Febuari mengenai pematuhan Musk dan Tesla dengan isu penyelesaian pada 2018.

Dan surat yang dibuat tersebut memburukkan lagi keadaan diantara Musk dengan SEC ketika pengawal selia itu sedang meneliti siaran media sosial dan layanan Tesla terhadap pekerjanya termasuk tuduhan diskriminasi.

Dalam pada itu, Spiro telah meminta Nathan untuk menjadualkan persidangan bagi mengetahui sebab SEC ‘mengeluarkan sepina tanpa kelulusan mahkamah’.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat