Aik, Sekatan Dilonggarkan Di China Tapi Masih Kena Cucuk Vaksin Kali Ke-4?

150

‘Mesti ada benda kompromi, mana ada benda free dalam dunia ni.’

Sungguhpun kerajaan China sudah mula melonggarkan sekatan dasar sifar-Covid, ia tidak menghalang pihak berkuasa untuk meluluskan 4 jenis vaksin baru untuk digunakan pada waktu kecemasan.

Bukan itu sahaja malah pihak berkuasa China juga meluluskan penggunaan vaksin jenis semburan hidung untuk tujuan kecemasan, selain mempertimbangkan suntikan dos ke-4.

Menurut sumber, 4 syarikat iaitu SinoCellTech, Clover Biophamaceuticals, Wantai BioPharm dan WestVac Biopharms telah mendapat kelulusan kerajaan untuk penggunaan vaksin mereka ketika waktu kecemasan.

Termasuk 4 vaksin yang diluluskan, China memiliki 12 vaksin Covid-19 yang boleh digunakan dengan 5 jenis tidak aktif, 4 jenis protein rekombinan, 1 jenis adenovirus, 1 jenis koronavirus novel rekombinan dan 1 jenis semburan hidung.

Dalam pada itu terdapat juga sumber lain mengatakan pihak berkuasa China sedang membuat rancangan untuk melaksanakan suntikan dos ke-4 bermula dengan kumpulan tertentu pada masa depan.

Dikatakan juga keputusan suntikan dos-4 itu dicapai bersama-sama beberapa pegawai kesihatan di Beijing dan Guangzhou selepas menjalankan tinjauan dalaman berkenaan keperluannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat