AirAsia Bukti Syarikat Malaysia Bukan Jaguh Kampung Tapi Juara Dunia!

201

‘Orang luar mungkin suka guna AirAsia sebab murah kot?’

Capital A, AirAsia mengekalkan status kecemerlangan untuk kali ke-13 berturut-turut apabila dinobat sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia 2022.

Pencapaian tersebut diumumkan pada World Airline Awards 2022 anjuran Skytrax yang menyaksikan AirAsia mengungguli tempat pertama daripada 20 penyertaan dalam kategori tersebut.

Berkesempatan itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tan Sri Tony Fernandes menzahirkan kegembiraannya dengan mengatakan pencapaian tersebut memberi harapan kepada syarikat.

Ulasnya, syarikat mengalami detik sukar sepanjang 2 tahun lepas dengan Covid-19 merencatkan aktiviti utama perniagaan ekoran sekatan perjalanan.

Namun, pencapaian terbaharu tersebut secara tidak langsung memberi sinar harapan kepada syarikat untuk kembali bangkit semula sungguhpun berdepan cabaran pertumbuhan ekonomi pada tahun depan.

Dalam pada itu, CEO Skytrac Edward Plaisted dilihat turut memuji pencapaian AirAsia tersebut.

Terangnya syarikat milik anak watan Malaysia tersebut membuktikan keboleh tahanan perjalanan udara tambang rendah walaupun berdepan cabaran pasca-pandemik.

Selain itu, Plaisted turut megucapkan tahniahnya kepada AirAsia kerana berjaya meneruskan prestasi tersebut untuk 13 kali berturut-turut.

Setakat tengah hari ini, saham Capital A diniagakan mendatar 64 sen dengan permodalan pasaran bernilai RM2.66 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat